Tuesday 29 November 2011

alatan muzik

sekarang kita akan beralih pula ke topik alatan muzik di sekolah rendah  :D

                                                                             kastenet
                                                                          keyboard

                                                                           rekoder
                                                                        tamburin
                                                                       kayu tik tok

cara mengenal tone,not dan muzik :)


Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu dalam note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B.  Jarak dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu seperti gambar di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D dikira sebagai “whole tone” atau “full tone”. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole tone.
* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas, dan b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.
Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula dengan C.  Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula dengan F dipanggil nada dalam key F. Tahukah anda bahawa julat vokal Mariah Carey adalah 5 octave? Berapa julat vokal (vocal range) anda?
Ada 2 scale asas music, major dan minor. Apa kombinasi not untuk key major atau minor? Gunakan teori seperti rajah di atas. Kita ulang balik kitaran untuk satu octave

Monday 28 November 2011

pengetahuan dan kefahaman bahasa muzik :)



Irama
Detik, Tekanan dan Meter
Detik Pembahagian meter : 2   3   4   6
                                          4   4   4   8
Tekanan : tekanan detik dalam meter    2   3   4   6
                                                           4   4   4   8
Tempo
Pelbagai tempo : lambat, cepat, sederhana.

Nilai not dan nilai tanda rehat
Nilai not :   semibrif,  minim bertitik, minim, krocet,
                  kuaver, semi kuaver

Nilai tanda rehat : semibrif; minim, krocet, kuaver.

Corak irama
Corak irama pada rentak:  mac, waltz, masri, zapin,
inang, joget, sumazau.

Corak irama pada ostinato: ostinato irama

Melodi
Pic
Aras pic: pic tinggi, pic rendah.
Jenis pergerakan pic: menaik, menurun,  mendatar,
bertangga, melompat.
Solfa: do  re  mi   fah   soh   lah   ti   do’.

Skel
Skel diatonik: major, minor harmonik.

Warna ton
Warna ton pelbagai sumber bunyi:   suara, alat muzik,
perkusi badan bahan improvisasi, bunyi alam sekitar.

Harmoni
Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter, dron, ostinato
melodi.

Ini adalah contoh tanda isyarat dan istilah muzik yang perlu difahami jika mempelajari muzik : 
(^. ^)



tEntAng MuziK ~

Apa itu muzik? Adakah muzik ini adalah satu bunyian kosong sahaja? Tentu sekali tidak..

  • Muzik telah didefinisikan sebagai bunyi yang sedap didengar oleh pendengarnya dan ianya bergantung kepada sejarah,lokasi,budaya dan cita rasa seseorang.



Seperti yang kita ketahui setiap perkara ada sejarahnya, jadi muzik juga mempunyai sejarah tersendiri. Jadi saya akan terangkan sedikit sebanyak sejarah muzik : 

  • Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan. Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.